Saturday 12 December 2015

Thank You

You are not everything for me, but having you as a part of my life feels like everything. Thank you for staying, even when you have the reasons to go.

Kakak miss you.

Wednesday 4 February 2015

Aku tanya apa khabar?

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, im back! :) Just wondering, ada lagi ke yang membaca blog saya? 

Dulu, pernah saya katakan pada diri sendiri,
'aku menulis kerana ingin memberi peringatan pada diri'. Hampir 2 tahun menghilang, hari ini saat saya sedang melayan perasan, tiba-tiba Allah datangkan ilham untuk menulis kembali.

Jauh di sudut hati, saya punya cita-cita untuk menjadi seorang penulis biarpun sekarang saya sedang mengambil kos pendidikan kaunseling. Jiwa sastera katakan. 

Langkah pertama menuju kejayaan, mari menulis kembali di sini! 

Tuesday 19 March 2013

Berjaya Vs Kurang Bernasib Naik

Assalamualaikum~!
Setelah berkurun lama tak update blog,akhirnya!Yeah,im back!Agak-agak ada tak yang teringat pada gadisberbajubiru? :D

Semalam,keputusan STPM dah diumumkan dan alhamdulillah,saya sudah mendapat yang terbaik daripada Allah.Biar sedikit ataupun banyak,saya percaya setiap yang Allah hadirkan,itulah yang terbaik.Keputusan yang cemerlang masih belum menjanjikan pengakhiran yang baik dan ini sebenarnya ini baru di permulaan jalan.Doakan yang terbaik untuk saya ya kawan-kawan!Selama ini pun saya tahu saya mampu bertahan kerana adanya Dia,keluarga dan sahabat-sahabat yang tak jemu memberi sokongan :)

Sebagai seorang yang pernah mengalami banyak kegagalan,saya cukup trauma untuk melihat keputusan peperiksaan.Uhh,mahu tercabut jantung dibuatnya.Namun sepanjang tempoh menunggu keputusan,saya sentiasa ingatkan diri bahawa saya sudah berusaha dan setiap keputusan yang bakal diperoleh,itulah yang selayaknya selain selalu mengingatkan diri agar bersangka baik dengan Allah.InsyaAllah,Allah akan jadikan kita sentiasa berfikiran positif.Saya sebenarnya agak sensitif dengan perkataan GAGAL,kerana bagi saya sesuatu yang tidak menjadi itu hanyalah kerana masanya belum tiba dan kurang bernasib baik.Sampai masanya nanti,kejayaan pasti akan datang.

Melihat beberapa rakan yang kurang bernasib baik membuatkan hati saya bersedih kerana saya pernah beberapa kali berada dalam situasi yang sama.Kalau ikutkan diri saya,selepas menerima berita yang kurang baik berkenaan result,saya perlukan masa bersendirian sekurang-kurangnya sehari untuk reflek kembali hidup saya.Dalam tempoh ini,hati sangat sensitif dan ada masanya kata-kata nasihat atau dorongan pun kedengaran seperti sebuah sindiran.Jadi hati-hati dalam memberi semangat kepada mereka,takut2 ada yang macam saya hehe.

Mendapat kejayaan yang sedikit ini membuatkan saya berfikir bahawa kegagalan yang dulu sangat bermakna.Ada hikmahnya.Semoga kejayaan akan sentiasa mengingatkan saya padaNYA dan tidak melalaikan saya.Rezeki Allah itu luas,semoga kita takkan berputus asa.

Wednesday 23 January 2013

Duniaku sendiri.

Aku,
mudah memaafkan.
Dan aku,
mudah melupakan.

Terlalu baikkah sedemikian?

Sampaikan ada yang berpesan,
'jangan terlalu baik,nanti ada yang ambil kesempatan'.

Entah,

aku penat menjadi aku.

Kenapa?
Sepertinya aku tidak menghargai diri sendiri.

Mungkin kerana aku yang 'slow learner'

membuatkan aku cuba untuk membentuk kelebihan diri dari sudut yang lain.

Aku sudah penat belajar untuk menghargai diri.

Dan mungkin kerana itulah
aku merasakan orang tidak pernah menghargai aku.

Lebihku,kurangku,
semuanya bagaikan tidak berguna.

Ahhh,pergi mati rasa ini!

Thursday 6 December 2012

Aku





Untuk satu tempoh,aku perlukan ia.

Biarkan aku dalam duniaku.Kerana aku hanyalah aku.
Kau hadirkan rasa,melalui kamu ku rasai,
sakitnya diri.
Bertahanku begini cuma.


Cukuplah.

Sunday 2 December 2012

.


This moment,
my heart says,'alone is always better'
Just let it be between you and Him.

People can give you hundred reasons to cry,
but Allah can give life thousand reasons to smile.

Smile can hide the pains,
show the world the warmth of you smile.

Sunday 25 November 2012

Tulip


Tulip fields,Amsterdam

Y: Alhamdulillah... ♥ We've made it through the rain and storm (?!). Most importantly, I've finally got what I've always wanted : to listen to the sound of the ocean wave and to see it with my own eyes before leaving England for good :')

F:Yana,bila balik?Bawak balik snow.Ole2 from England :P

Y:In Shaa Allah July rasanya balik ... hahahah helloo...snow dah takde time tu tapi benda lain blh diusahakan :P

F:Okey,then bring me a tulip! :P

Y:Allah....dia mintak tulip pulok doh! HAHAHAHA lol...we'll see apa Yana bwk balik :p

F:Haha.Okey. *wink2* :D

[copy paste from FB]

One fine day,I really wish that i'll be there;Tulip fields with my own family.Happily enjoying the great moment.How i really wish that...Subhanallah.Tapi buat masa sekarang saya hanya berharap ada seseorang yang akan bawa balik tulip untuk saya,sekurang-kurangnya satu tulip.Tak kira yang dah layu atau pun yang masih berseri-seri.Untunglah orang belajar oversea~ :D

Okey,esok exam paper Geografi 1.Yosh.Bye!:)

Thursday 15 November 2012

Sukma

Rasa ini,
entah apa
bagaikan menjerut-jerut.

Lemas.

Lelah.


Sukarkah mentafsir rasa hati sendiri?

Pantaskah aku untuk bertanya kenapa?




Rasa ini,
akan membawa aku ke sana.

Benar,ada yang menanti.
Sentiasa,aku percaya itu.